- Info enjin Daihatsu YRV Turbo, kod enjin K3VET (LA-M201G) 1298cc 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo mampu menghasilkan sekitar 140PS atau 102.97kw @ 6,400rpm dengan tork maksima pada 176Nm @ 3,200rpm. Enjin ini jika dimasukkan kedalam engine bay sebuah kelisa yang hanya seberat 800kg mampu menghasilkan kuasa sepantas kilat (power to weight ratio), mampu bermain pickup dgn sebuah mitsubihsi Evo mahupun subaru Impreeza dan lain lain supercar yg berharga ratusan ribu ringgit itu heh heh kenape? tak percaye???!! . YRV bermaksud (Young Recreational Vehicle) atau dalam bahasa Malaysia Kenderaan rekreasi untuk muda mudi, bila saja sebut untuk muda mudi yang wajib kenderaan ini perlu berkuasa dan laju macam kereta angkasa gaban tu. di jepun terdapat 2 versi iaitu Turbo dan NA, Versi Turbo hanya didatangkan dengan transmisi automatik dengan option Tiptronik ( tukar gear dengan butang +/- dekat stereng bermaksud enjin ini campuran auto dan manual, menjadikan penukaran gear lebih cepat dari manual. Pengecas turbonya bertindak dari rpm rendah. Sistem DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) akan berterusan mengawal pemasaan injap mengikut sebarang keadaan pemanduan. Teknologi ini bergabung untuk memberikan enjin K3VET di tahap rpm yang tinggi serta kilasan (Torque) bertindak pada tahap rendah dan pertengahan rpm. Result nya memberi kepuasan pemanduan dan menyenangkan mengawal enjin pada semua tahap kelajuan.
Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan YRV ini, ramai org tanya YRV boleh masuk VIVA tak? Boleh masuk kancil tak? jika saya cakap tak boleh, org akan tanya balik, injin YRV boleh masuk kelisa, injin kelisa boleh masuk kancil, kenapa YRV tak boleh masuk kancil??? sebenar nya injin apa pun boleh masuk mana mana kereta, pernah dulu di trek batu tiga org masuk injin mazda B8210 dekat kancil, tapi itu kereta trek, sanggup kah anda masuk injin sebegitu untuk kereta harian anda? memang boleh masuk YRV kat kancil tapi banyak nak kena modified, potong sana potong sini ketuk sana ketuk sini kiaw sana kiaw sini, yang confirm memang tak lulus JPJ, kalau hati kering takpe le bawak le kete tu sampai kering minyak hehe, lagi pun halfcut YRV dah sama harga dgn kancil hehe renung renung kan dan selamat beramal..
bagaimana pula dengan VIVA? bukan ke VIVA cc sama dengan kelisa 1000cc apsal tak boleh masuk YRV ???. nak masuk YRV kat VIVA memang boleh dan ada orang dah masuk pun, semua pun boleh, tapi ianya bukan lah Plug and play mcm masuk kelisa, harta Myvi masuk YRV pun kena modified sedangkan injin YRV sama kod dgn Myvi, cuma injin Myvi takde turbo je. hehe kenapa semua ini boleh berlaku???!!!
Sebab nya begini.... YRV ada 3 jenis, 1). YRV N.A 1000cc, 2).YRV N.A 1.3, 3). YRV Turbo 1.3. untuk YRV N.A 1000cc, injin nya adalah sama 100% dengan injin kelisa / Kenari, mounting nya pun sama, dan cross membernya pun sama, sama jugaklah YRV N.A 1.3 dan 1.3 Turbo.
ViVA adalah kereta generasi baru, ianya tak pakai cross member @ frame bawah, injin VIVA adalah tergantung, mounting nya kat atas mcm proton, manakala YRV dan kelisa/kenari injin nya terletak atas frame besi kat bawah @ cross member. sekian... selamat menjadi pemilik injin YRV yang power rangers tu, eh??!! POWER ke? power.. power..